Info

Tentang

DigitalShop.my

DigitalShop.my adalah salah satu produk di bawah perniagaan servis di Izz Solution. Memfokuskan servis penyediaan landing page berkualiti sebagai alternatif untuk pemula bisnes yang masih belum mempunyai bajet yang besar untuk mengupah pereka laman web professional bagi menyediakan laman web e-dagang atau sistem jualan automatik untuk kegunaan bisnes mereka.

Info Syarikat
Izz Solution

Izz Solution adalah sebuah entiti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan No. Pendaftaran (LA0027635-W). Beroperasi sejak 2015, dahulunya dikenali dengan nama Alfi Studio. Turut berdaftar dengan BizTrust serta mendapat kelulusan beroperasi daripada MITI. Kami menyediakan servis IT seperti pembangunan aplikasi mudah alih & laman web, servis komputer serta rekabentuk grafik digital untuk tujuan bisnes atau apa jua acara.

Kenapa Pilih Kami

Biarpun terdapat pelbagai syarikat & freelancer yang menawarkan servis bina laman web di Malaysia, kami yakin servis kami mampu memenuhi kehendak anda dengan harga yang munasabah.

Entiti Bisnes Dipercayai

Berurusan dengan syarikat yang beroperasi sepenuh masa, berdaftar dengan SSM dan dikendalikan secara professional. Tiada kerisauan freelancer part-time lari, scammer atau projek tidak siap.

Hasil Berkualiti

Kami memberi jaminan produk yang kami hasilkan menepati standard semasa & sesuai dengan citarasa pengguna peranti masa kini yang memerlukan aplikasi web mudah alih.

Keselamatan Terjamin

Tiada laman web yang selamat 100%. Namun, kami berusaha meminimakan segala risiko yang berpotensi menjadi sebab laman web anda diceroboh. Data anda juga akan di-backup secara berkala.

Dibina untuk Kelajuan

Semasa fasa pembangunan, laman web anda akan diuji kepantasan muat turun/muat naik bagi memastikan prestasi sistem produk pada tahap yang optimum & memuaskan.

Harga Mengikut Bajet

Pakej kami ditawarkan dengan beberapa julat harga bagi menyesuaikan setiap keperluan pengguna dengan kos yang munasabah. Tiada janji melangit, tiada tawaran harga yang tidak masuk akal.

Servis Pelanggan

Pengurusan pelanggan adalah keutamaan kami. Berpengalaman dengan skop kerja perkhidmatan pelanggan, kami cuba sebaik mungkin memenuhi keperluan anda dengan layanan terbaik.

Misi Kami

Satu perniagaan,

Satu laman web

Kami ingin meluaskan akses peniaga-peniaga kecil kepada pemasaran online dengan menggunakan laman web 1 halaman sebagai permulaan bagi memasarkan produk dan servis mereka secara dalam talian.

Pilih Pakej